Sunday, 2 June 2013

Rancangan Tempatan (RT)


Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam Rancangan Struktur(RS) kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.

RT disediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am yang terkandung dalam RS.

RT menunjukkan secara bersekil besar tatatur pembangunan bagi sesuatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut:-

Fungsi Rancangan Tempatan
  • Menterjemahkan dasar-dasar RS;
  • Sebagai panduan pembangunan fizikal bagi daerah dan PBPT berkaitan melalui peta cadanan guna tanah;
  • Menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan;
  • Mengenalpasti projek utama daerah; dan
  • Menyediakan garis panduan pelaksanaan.